Thursday, September 27, 2012

Listen to me

Assalamualaikum.



 bersendirian juga adalah salah satu cara untuk  meredakan otak yang serabut , maybe.




Kadang - kadang kita harus sedar  yang tak semua cerita perlu dikongsi kepada sahabat terutama cerita-cerita remeh .

Lumrah manusia , mudah bosan . kita sendiri perlu sedar . jangan sampai orang naik menyampah dan bosan dengan kita . Belajar untuk jadi seorang yang lebih matang . Tapis mana yang perlu ditapis .

Kalau boleh kisah cintan cintun tu tak perlu nak cerita semua dekat orang lain. takut bila sampai satu tahap orang akan naik muak . sebab se sweet mana pun kisah cinta yang kau jalani . selagi belum halal tetap Allah tak redha . Malah syaitan juga suka bukan ?

Ketahuilah bahawa setiap yang kau jalani selepas menjadi yang halal , itu lebih indah .

                                                                   .....................

Boleh nampak perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan.  Berbanding lelaki , perempuan lebih suka cerita segala yang dia jalani sepanjang hari tersebut kepada semua. Tapi lelaki ? lebih memilih untuk berkongsi cerita yang betul-betul dirasakan perlu dikongsi sahaja.

Itu beza lelaki dan perempuan. Walau macamana pun , masing-masing tetap punyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri .

                                                                   .......................

Lebih baik berkongsi cerita-cerita semasa yang lebih membawa manfaat . Kita kena sedar yang sesungguhnya hidup ini bukan sekadar cinta semata-mata. bukan sekadar siapa bakal jodoh kita .

Banyakkan berfikir tentang amalan2 kita yang semakin berkurang dari hari ke hari . Lebihkan berfikir tentang akhirat . Sebab muhasabah diri itu lebih disukai Allah .

                                                                  .......................

Manusia mampu menjadi pendengar yang baik tetapi bergantung juga kepada apa yang dikongsikan tu .
Sebab itu orang cakap sebelum berkata2  fikir dahulu . Jika ada manfaat kongsikan , jika tidak abaikan .

Namun , sebaik-baik pendengar adalah Allah . yang menciptakan kita semua :)

Sekian . Wassalam ^^





Expectation


Assalamualaikum


thank you mr . google :)


Dalam hidup ni kau tak boleh nak expect yang semua orang akan layan  kau macam apa yang kau harapkan.

kalau kau pernah ada perasaan macam tu kau akan terus menerus menganggap yang Dunia ini tak pernah Adil untuk kau . So, Berhenti bergantung pada orang lain.

Bawa haluan kau. hidup dengan cara kau sendiri . Belajar jadi seorang yang berdikari .


......................................

Perasaan bilamana kau rasa yang kau dah takde sesapa dalam dunia ini adalah perasaan yang sangat SHIT.

Perasaan bilamana kau rasa yang kau macam dah hilang orang-orang yang dulu dekat dengan kau tapi sekarang tak lagi.

YES , orang kan cakap, kau stil ada mak bapak kau what ? Allah pun sentiasa ada untuk kau.
itu memang, aku pun Faham dan tahu . Hati aku, jiwa aku, aku sorang je yang tahu. manusia lain tak .

Benci perasaan bila orang yang aku sayang jauh dari aku . tu semua sakit , perit dan pedih .

Well said ! huh



Sekian. Wassalam ^^

Thursday, December 8, 2011

getah gigi, gigi getah

assalamualaikum :)



Dah lama aku tak menjejakkkan mata aku kat belog yang 'awsomeeee' ni kan..
terasa seperti dianaktirikan pulak cik bebelog nih.

maklumlah.orang sebok.kononnyerrrrrrrr .euww







sekarang aku nak tulis pasal perkembangan aku yg terbaru.
tak nak ah cerita pasal alam unibesiti.tak bermood la sekarang nih.nanti2 lah kalau aku rajen lah kan.kalau tak..biarlah besemadi dalam lubuk hati,jantung limpa dan seangkatan dengannya.



oh lupa pulak.sekarang aku tengah cuti sem tau.dan perangai aku tak ubah mcm beruang kutub yg tgh berhibernasi.i mean tidur bak sleeping beauty -..-'

.....................................



dalam dua tiga minggu ni,aku sebok dok kehulu ke hilir dari perlis ke kedah dari kedah ke perlis.dengan satu misi dan azam yang membuak buak.BAJET !



well.3 minggu lepas aku pegi klinik.dokter dah check2 gigi aku.and dia cakap boleh go on terus kalau mak aku buat payment secepat mungkin.
boleh tahan jugak la cost dia.macam nak tecabut halkum aku.eh,perempuan ade halkum ke?
tapi,memandangkan mak ayah aku dah janji.diorang tunaikan jugak janji diorang.



lepas dah buat payment tu,minngu depannya pegi pulak.dah pegi klinik tuh,aku macam gelabah monyet jugak la.sebab ramai yang kata sakit lah apalahhh.macam2 lah. sebab aku pon taktau apa yang dia nak buat kat gigi aku time tuh.


mak aku cakap" anggap ja kesakitan tuh macam dugaan dan cabaran yang bakal aku tempuh masa2 akan datang" :)


memandangkan aku ni macam bajet berani -.-.tepaksa lah buat muka cool.konon nak tunjuk jantan lah kan.



sampai2 ja tunggu lebih kurang 2 jam.sampai aku telena kat sofa tuh.nasib la time dia panggil nama aku tuh aku dengaq.kalau tak.tunggu lagi sejam.huhhhh!


masuk ja bilik tuh.dia suruh aku senyum selebaq mungkin.sebab dia nak ambik gambaq.buat kenangan katanya.oke TIPU! means aku kena tayang la gigi aku yang beteraboq nih kan.hehhh .macam malu gila jaaa.dari depan,dari kiri,dari kanan.semua dia ambik gambaq.MALU kot !


then,pembantu dokter yang cun melecunsss tu suruh aku baring sebab nak ambik ukuran gigi.serius peralatan yang depa guna menakutkan aku.bukan takat kecut perot.kecut habih peha2 dgn betis dgn punggung segala.


lepas dah masukkan benda yang mcm tanah liat tuh dlm mulut aku.dia picit2.sebab nak dapat kan replika gigi aku tuh.memang syok ah time buat benda tuh.rasa mcm heaven gila.tambah pulak yang buat tu,akak2 yang chomel^^



lepastu aku pegi xtray dkt PMC.phewwwww! herega dia boleh tahan jugak la kan.macam nak nanges aku tengok.kalau aku beli baju kurung pon boleh dapat tiga empat pasang.kadang2 aku rasa macam tak sampai hati ja.ye la.mahal sangat.mau nanges aku T.T




minggu depannya aku datang pulak.kalini, aku kena cabot gigi.dokter tengok2 kat replika gigi aku tuh.nah! 3 batang woi kena cabot ! senyum macam kerang busuk jugak lah aku time tuh.hehhh.


naseb dokter tuh cakap nak cabot 2 batang dulu.tu pun boleh tahan begoncang jugak kepala aku.mana taknya.gigi dok elok2.kena cabot.pehhh! time tuh Tuhan ja yang tau perasaan aku.hewhew.


sebelum cabot tu dokter ada masukkan sejenis getah kat celah gigi garham aku.masa tu tak rasa sangat sakit dia.pasal dia dah spray ubat kebas.


balik ja rumah.macam nak gila jugak aku menahan sakit.dokter tu cakap.getah yang dia letak kat celah gigi gerham aku tu nak bagi renggangkan gigi aku.sebab nanti senang nak pakaikan besi pulakk.





point nya sekarang.aku tengah menahan sakit yang amat.sehingga mampu membuatkan aku rasa macam nak tampar orang sekeliling aku yang suka tanya banyak.walhal.orang tu tahu yang aku tengah berperang dengan rasa sakit yang amat nih >.<


aku namakan benda alah tu GETAH GIGI.


dalam masa beberapa minggu lagi,gigi aku akan transform jadi macam nih:





sebenarnya nak tulis pasal GETAH GIGI tu ja pon.tapi entah sebab apa aku menjadi agak pulun sampai semangat dok menulis daripada awal sampai la ke habis.


serius aku rasa macam aku ni PULUN gila.grrrr !

lpasni aku nak tulis sikit2 ja.so takdalah nampak macam pulun sangat.tapi kadang2 aku bangga menjadi seorang yang PULUN ^^



cerita dah tamat.babai^^

eh doakan mak ayah saya dikurniakan tubuh badan yang sehat yer.terima kaseh^^






Tuesday, April 19, 2011

kalau dah jodoh


Assalamualaikum semuaaa.





phewwiittt!! harini aku semangat kemain nak updet belog.tapi takdak la semangat sangat pon.sedih pon ada jugokk.sebelum akumemulakan cerita tentang entry terbaru aku ni,aku nak ceritakan serba sedikit apa aktiviti terbaru aku sepanjang beberapa harini.






baru2 ni aku telah di uji dengan satu kesakitan.dia punya sakit memang toksah ceghita la kann.
tak leh bayang aku macam mna mak aku melahirkan aku dengan penuh kesakitan.sakit yang aku rasa ni pon baru 1/4 ja.tu pon macam nak separuh mati rasanya aku.dalam pada dok insaf tu,kadang2 aku melawan jugak cakap mak aku.kadang2 kalau mak aku panggil aku pon aku buat2 tak dengaq jaa.nak buat macam mna?remajaa! takpa,lepasni,kita ubah sikit2.




pastu apa lagi??



hahhh! sekarang ni aku tengah kalut dok prepare barang nak betolak ke kolumpo.nak masuk UIA dahh pon.ececey! kemah ja ayat.khamis ni aku onthe way nk ke kolumpo.nak pergi pogrem anjuran kelab remaja HALUAN.
pogrem ni dinamakan HIMEGA! bak kata kawan aku,pogrem ni lebih kepada persediaan mental dan fizikal kita untuk menghadapi alam IPTA yang penuh dengan cabaran.

tak kisah la samada dari segi mental ka fizikal ka.tapi yang paling diberi tumpuan pastinya hati kan? bagaimana nak mempersiapkan iman kita untuk menjejakkan kaki ke alam IPTA nanti.


apa cabaran yang paling banyak kita akan hadapi.apa apapon.aku kena p dulu.baru tau bes ka dakk.katanya seronok! wallahualam.






***********************************************







oke.tamat sudah.la ni,aku nak cerita tentang seorang aktor populer tanah air.taktau la orang dah tau ka belom cerita ni.tapi yang pastinya aku baru ja tau dua tiga hari lepas.


sapa kenai dia ni???







ashraf muslim yang comel :")








tengok muka dia pon boleh buat aku pitam 20 menet :")




ya Allah! indahnya ciptaan MU.







sapa tak kenai nampak sangat la melayu perasan mat salleh .mana boleh org melayu tak kenal pelakon melayu.dah tu, femes pulak.hikhik^^










dari apa yang aku tau.dia bakal jadi tunangan orangg! wuwuwuuwuw
menagis tak berlagu la aku lepasni.aku dah nengok dah pong tunang diaa.penat jugak aku dok gugel sana sini.bepeloh2 dahi aku.peminat setiaaa la katakan.kalau nak tau tunang dia bakal doktor tuuu!pehh,hebat kemain.pandai dia cari.tapi tak dak la cantik mana pon biasa2 ja.tapi mungkin akhlak dia baik kot.pasal tu asfraf muslim bekenan kat dia.tengok pempuan tu pon sopan jaa.







padan sangat la depa dua ni.ashraf muslim pon sekarang dah banyak berubah.seronok aku tengokk.dah la hensem.beriman pulak tu.phewwiit.melepas aku.betuah la tuan punya badan yang dapat dia ni.boleh kata perfect lahhhh!






tapi kan,lagi padan kalau dia ni dipadankan dengan heliza helmi yang comel lote tuuuu.kalau dapat anak.komfem comel.pastu putih melepakkk.aku tengok heliza pon dah semakin berubah la ni.tudong dia pon makin labuhh.tapi nak buat macam mna,dah jodoh.tu la namanya jodoh.Allah lebih mengetahui.tak semua yang kita anagan2 kan akan jadi kenyataan.Allah lebih mengetahui.































ehh,sat??












kalau dia ada adik,oke jugak.boleh aku berkawan.tettttt!!


hikhik^^ tahniah yer ashraf muslim.alaaaaa ~.~ sedih arr cemnihh.*sambil hentak2 kaki*

Saturday, April 16, 2011

BENCI cakap benci.



Assalamualaikum.



haritu aku dah berjanji dengan sahabat baik aku.yang aku akan rajin updet belog tercinta.sebabnya,aku takde fesbuk jadinya,aku jarang bertegur sapa dan bertanya khabaq dengan kawan2 tercinta masa sekolah2 dulu.



oleh itu,aku nak menunaikan janji aku terhadap beliau untuk mengupdet belog ni selalu walaupun takda benda yang bermanfaat untuk di kongsi bersama semua pembaca.







baiklah! berbalik kepada tajuk yang diatas.simple dan mudah untuk difahami bukan??
sebenarnya aku nak cerita sedikit di sini,semenjak bercuti spm ni,entah apa la masalah hati ni,semakin hari aku semakin menyampah dengan seorang hamba Allah ni.




agak tak logik untuk aku benci pada dia.sedangkan kami berkawan rapat.malah sudah lebih 2 taahun perkenalan kami.persoalannya di sini apa salah dia sampai aku harus mengeluarkan perkataan "BENCI" untuk dia.kasihan beliau.




semenjak cuti spm ni,kami semua dah tak berhubung lagi dah.jarang2 la nak bercakap muka ke muka pun.sebab dah tak sekolah.jadinya semua buat hal masing2.tk macam dulu.ada kawan2 yang berkeliaran di sekeliling aku.



selama bercuti spm ni jugak,masing2 memendam rasa.masing2 berharap yang " engkau la kena kol aku,asik aku je yang kol hang! lemak arr cemnih!" semua nak tujuk ego masing2.dan boleh dikatakan hampir 90% akan mengomel sebegitu dalam hati.akhirnya.... "sampai hati dorang tak kol aku.semua dah tak ingat dekat aku!"
dan aku boleh jamin,ini jugalah yang diomelkan oleh semua budak2 lepasan spm.
especially budak perempuan.sebab budak perempuan ni emo nya lebih sikit.benda remeh diperbesar besarkan.
kalau budak lelaki,takdenyer dorang nak rasa macam tu.kalau ada pon,mungkin tercampak sedikit sifat keperempuanan dalam diri dorang.
atau mungkin juga,dorang terasa,cuma tak tunjukkan.kalau dah lelaki tu memang la macam tu.
paham sangat akuu.






kesimpulannya,masing2 harus mengalah.harus sanggup berhabisan kredit untuk telefon kawan2 tanya khabar.masing2 harus sanggup kayuh gerek(basikal) untuk ke public phone untuk telefon kawan2 yang tercinta.



kalau salah seorang tak nak mengalah.jawabnya,hubungan rapat yang erat tahap nak mampos masa zaman sekolah2 dulu.akan semakin renggang dan rengang dan akhirnya pasti akan terlost contact bila masing dah sibuk dengan alam pekerjaan.kalau tak nak bende2 macam ni jadi.pokok pangkalnya semua harus melatih diri untuk mengalah.



harus diingatt,mengalah tak bermaksud kita menjatuhkan ego diri kita.tapi mengalah dengan niat untuk memperbaiki hubungan sesama sahabat sangat lah digalakkan.akan ada 2 jawapan yang akan kita terima bila kita telefon bertanya khabar,antaranya:


1) "hahhh! tahupun nak kol aku! jangan harap la aku nak kol kau,kalau kau tak kol aku."
omelan dalm hati je la kan,kalau kau cakap macam ni depan aku,hah! tunggu la nasib kau.

2) " wei,terharunya aku kau tefon aku,thenks la nooh! ada jugak orang ingat dekat aku"










oke.back to the main topic.kenapa aku bercakap soal benci.bila semua taknak mengalah.akhirnya akn timbul perasaan benci dalam diri masing2! paling koman pon,rasa tak puas hati.mesti ada punyelaaa.bohong la kalau kau cakap takde.




masalahnya sekarang ni,aku tak tau kenapa aku kena benci dengan hamba Allah ni.mungkin sebab perangai dia yang bagi aku laa,agak superbly annoying! since aku mula kenal rapat dengan dia.aku tak tahu apa masalah dia.kalau tak dengan aku ataupun dengan orang sekeliling dia.mungkin jugak sebab ego dia yang entah apa2.yang boleh aku klasifikasikan sebagai



"pegi mampos la kau dengan ego kau tu!"



makin lama aku makin pendam rasa ni.aku makin benci dengan dia.padahal aku sendiri tahu yang benci ni merupakan sifat mazmumah,yang tak sepatutnya ada dalam hati semua orang islam.

dan aku sendiri tahu kalau ada sifat ni dalam hati aku bermakna,ada masalh dengan hati aku.jadinya sekarang,aku sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk menghapuskan rasa benci aku pada dia dengan kadar segera.supaya penyakit ni takkan bernanah dalam hati aku selamanya.dan akhirnya boleh mengganggu iman aku.

dan aku jugak berdoa supaya satu hari nanti dia akan berubah.tak dinafikan,ego harus ada dalam diri kita.tapi tak perlulah ego yang keterlaluan sehingga menjejaskan kehidupan keliling kita.







baiklah,setakat ni saja entry aku.aku akhiri entry kalini dengan sesuatu yang mungkin boleh dijadikan renungan bersama:





al-hasan al-basri berkata" bersederhanalah dalam mencintai,dan moderatlah dalam membenci.sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai.dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci"








"cintailah kekasihmu sekadarnya,siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.Dan bencilah musuhmu sekadarnya,siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"
-Sayidina Ali bin Abi Talib





pepatah cina juga ada mengatakan

"membenci seseorang itu adalah lebih baik daripda bermuka muka dengannya"


lebih kurang macam tu la bunyiknya.aku lupa dah.aku hafal pepatah cina ni beberapa hari sebelum spm.tapi aku tak guna ponggg! pastu aku macam ingat2 lupa.





p/s:terime kasih kerana sudi baca 0.0

Tuesday, April 12, 2011

Setelah lama memendam rasa.

assalamualaikum.dan salam sejahtera.




rasanya dah lama aku tidak memberi kasih sayang kepada cik belog ni.kasihan sungguh.padahal aku bukannya kerja pon kann?cuma sibuk jaa.*ayat entah papa ja=="

aku sekarang ni mengalami masalah,aku taktau nak tulih apa dekat belog ni.
setelah pikiaq sehabis2 mungkin.aku bercadang untuk tulis apa saja yg aku nk tulis dekat belog ni.jadinya takde la belog aku ni terabaikan?









okeoke..aku kena cepat.pasalnya bateri laptop ni tinggal 28% je lagi.bermaksud aku ada sejam la kan.hebat tak math aku.SPM dapat B+. hang behgapa??hahahha.maaf riak disitu.okela B+ pon kan.kalau tak fail je memanjang.
setelah penat aku melakukan rutin harian aku sepanjang bercuti SPM ni.
kini tiba lah masanya untuk aku merehatkan badan.dan mula menaip.




apa yg aku merepek ni=="







baiklah.kalini kita serius sikit.berbalik kepada tajuk yg diatas.yang kononnya bajet hot la kann.
oke.sebenarnya aku nak cerita,sepanjang tahun lepas.aku bertungkus lumus berhempas pulas.mengorbankan segala masa tidoq aku,dan sebagainya.semata2 untuk meraih kejayaan yg cemerlang untuk SPM aku.




boleh dikatakan,time tu memang belemoih habes la kan.syampu pon sebulan sekali ja.bedak pon dah tak betempek.tambah2 nak dekat spm.lagila..
pegi sekolah pon rambut tak bersikat.terus ikat rambut pastu pakai tudong.oh! bole bayang betapa busuknya rambut aku time tuu.mulalah lalat nak melata lata atas kepala aku time dalam kelas.dah tu anak tudong pon tak
pakai.betapa berutal nya aku.almaklumlah dah nk habis sekolah.hapa aku kesahkan?
dah tu,stoking pon aku main bedal jaa.kadang2 sebelah hitam sebelah putih.takpon,kdg2 hitam teros dua2.







jadinya aku dah berazam nak merawat kulit aku yang tak terawat ni sepanjang cuti SPM nanti.
macam2 yang aku dah rancang dlm kepala otak aku.
antaranyaaaa:







-melembutkan rambut yg keras bak dawai ni.

-mencerah kan kulit aku,yang agak gelap.AGAK yeerr.jgn nak memandai ckp aku ni hitam.

-merawat parut2 yang melambak dekat kaki aku ni.

-nak scrub badan aku dgn scrub buatan sendiri.

- nak belajaq buat kek.

- mencantikkaan kuku tangan,dan tidak lupa juga kuku2 kaki.

-nak solat dia awal waktu.

::rancangan haruslah hebat.kerana ia drancang ole org hebatkan?hikhik^^



sangat banyakkan??aku tau! maklumla.setahun aku biaqkan diri aku tak terurus.seperti orang sasau.
jadinya cuti yang panjang haruslah dihargai sebaik mungkin kan?





diantara 7 yang diatas.hnya satu ja yg aku tak berjaya nak buat lagi.
yg "solat diawal waktu tu" payah sunggoh nak melawan nafsu setan ni.namun jangan risau.aku masih dalam usaha ke arah itu.jadi tolong doakan aku :)






aku takdak la cakap apa yaang aku buat semua tu.berhasil. ada jugak yang tak berhasil


macam sekarang ni,aku tengah berusaha mencerahkan kulit muka dan badan.sekarang ni la masa yang sesuai untuk buat semua ni.nanti bila dah masuk unibersiti.dah mula sibukk.





nak tau apa yang aku buat untuk mencerahkaan kulit aku.haaa! meh aku nak ceghita.
demi mencerahkan kulit aku.aku telah mengorbankan duit raya aku tahun lepas untuk membeli VASSELINE dekat Guardian.punya la eksaited.aku beli yang paling besar gedabak tu haa.semangat punya pasal.


dah tu untuk cerah kan kulit muka.aku guna cra tradisional ja.mana main pakai krim2 ni semua.buat rosak muka ja.dah tu sayang la akn.kulit aku pon dok elok lagi.nnt kalau dah pakai yang bejenih2.hancos kulit aku.



habis satu peti ais aku selongkaq.dah tu siap pesan dekat mak aku suruh dia beli dekat aku bahan2 yang aku nak guna untuk cerahkan muka aku ni.





bahan2 yang aku guna tak dak dekat GUARDIAN ataupun WATSON!
kalau dekat PASAR MALAM atau PASAR TANI belambak laa.


antara bahan2 nya:

0.0 lobak merah

0.0 kuning teloq( teloq ayam oke)

0.0 limau nipis


benda2 ni semua aku gugel kat tenet jaa.dah tu aku aplikasikan la dekat muka aku.tunggu la lagi seminnggu dua.tengok apa nak jadi kat muka aku.







untuk mencantikkan kuku.aku guna bawang putih.penat jugk aku dok tonyoh bawang putih dekat kuku aku ni.dah tu,bau semacam ja kuku aku ni.nama pon bawang kann?tapi berhasillah.malah jiat duit.ahahha






nak hilangkan parut yang belambak kat kaki ni.takkan nk beli MEDERMA kot ann?takkan nak beli BIO OIL kot kan?/
macam la aku ni anak orang kayo rayo sangat.
jadinya,aku menggunakan cara bijak.dengan menumbuk2 kulit kayu manis yang ada kat dapoq aku.jimat pon jimat.selamat pon selamat.pasalnya,aku guna bahan tradisional.malah,agak berkesan jugak la cara yang aku guna ni.



sapa nak cuba bole la terai. tapi harus bersabaq.sebab dia memakan masa dalam 2 minggu camtu.takpa.asalkan duit jimat.takdak la menyusahkan makbapak.ye la.aku mana keja lagi income pon takdak lagi.jadi haruslah berfikir secara kreatif dan inovatif!







agak2 entry kalini,berkait tak dengan tajuk aku.oke la kan?baiklah kawan2! setakat tu ja yang aku nak cerita.kiranya berupdate jugak la belog kusam ni.


babai.




terimakasih sudi jenguk ^.^



p/s: tiba masanya untuk aku menepek masker buatan aku kat muka!




Wednesday, March 9, 2011

siaran tibi malam khamis


assalamualaikum


malam ni tetengah sedap aku menjamu selera depan tibi sambil mengunyah nasik goreng yg mak bapak aku beli dari restoran DI DAPOQ IBUKU,aku on la tibi.

dengan harapan ada la cita2 yg bes.menghiburkan jiwa malam2 hujan lebat ni.oke,jom kita review cita apa yg ada kat tibi mlm khamis ni.




memandangkan aku makan nasik pukol 11 mlm,jadinya aku tgk tibi pon pukol 11 mlm la kan.
oke.tadi pas hbis ja drama Samson dan delaila.aku bukak la semua siaran tibi yg ada kat telebisyen.




oh! sebelum tu,rumah aku tade astro yer.jadi pilihan agk terhad untuk memenuhi kepuasan aku yg agk maksimumm.


ni gambaq contoh.tapi ruang tamu rumah I tak sehebat ni yer.



start!





tv 1- sepatutnya ada BERITA DUNIA kan kan kan??? tapi ca habaq sat pesaipa bila aku bukak ja terpampang muka sebutir lelaki dgn suara yg agk jantan.eh! mmg la jantan kan dah nma pon lelaki.tengok2 abg Jamal Abadillahh.Erkkk??

ok,tak minat.passss!




tv 2- ada cerita omputih. macam menarikk! dalam beberapa saat aku dok melayan cerita tu sambil kenyap2 nasi goreng yg mak aku beli tu..tetibaa....



ada part depa dok belaakon kat disko.eh,ka kelab malam?sama ja la kan.takpa abaikan. yg aku tak bekenan tu pasai dok menari2 mcm org sasau.pastu yg si lelaki tu dok meraba2 si pempuan.ka betinaa??ahahahh.

pastu ada jantan yg laen pulakk dok becakap dengan sorayg separoh bebisik2.bajet mcm ROMENTIK laa!.memandangkan aku GELI nak tgk bnda2 jenih tuu.malah bole manaikkan nafsu syahwatt..



ok.reject.passss!




tv 3 - tibi tiga ada bual bicara.tah hapa yg dok bicaara nya aku pon tak minat nk ambik tau.pasai nmpak mcm formal dah tu background studio dia pulak nmpak mcm kusam dan lasammm! sangat la tak menarik.



ok.yg ni pon aku rejekkk.pass!



ntv7- yang ni aku mmg tau.kalau cita dia tak laen tak bukan cita cina zaman abad mna tah.DINASTI hwang ho kot.alaa.kalau yg laki tu rambut pesyen jenih MANGKUK punya.dia botak separuh kepala.pastu rambut dia bepintai2 panjang. bole bayang tak? bole kann?


lagi la aku tak layan kann.takpon cita cina yg depa beli dari singapore.ye la kot.
lagi la aku tak layan.


so,yg ni pon aku reject.passs!




8tv- hahh! yang ni pon satu,kalau takdak cita omputih taksahhh!
alaaa,nma pon EIGHT tv kaann?? dah tu cita omputih dia pulak jenis yang hantu2.pastu ada unsur BUNUH membunuh.

akukan penakot.so,jgn hrp la aku nk layan.tmbah pulak,aku kan tgh cuti SPM la ni.jadinya aku dok sensorang kat ghumahh.

hehhh "____" nak cari mampos nk tgk cecita lagu tuh.jawabnya.dari pagi sampai mak aku balik sekolah laa aku dok tepeghok dalam bilik.ya laaa.otak aku dah set.MURDER MURDER MURDER..HANTU HANTU HANTU..


atlast,satu keja pon aku tak buat.hancoq pogrem aku sehari tuh.demmm!



tambah satu lagi.aku tak beghapa terror bi.so?hehh! phm2 jela kann.



tv9 - tibi sembilan pulak ada cita MEDIC .alaaa,yg cita dokter2 tuh.lagila aku tak minat.bukannya aku nak jadi dokter pon kann.
tapi antara banyak2 siaran.tv 9 ni pon bagi aku bagos jugakk la.bnyk jugak siaran dia yg berunsur keagamaan dan ilmiah.









AKHIRNYA cita apaaa yang aku tengokkk?? mau tak mau.aku bebalik semula dekat tv 1. Tgk abang Jamal Abedillah dok nyanyi.

mau tak mau tepaksa jugak la aku dengaq sora dia yg tak beghapa nak merdu tu.

mau tak mau tepaksa jugak la aku tgk muka dia yg......errrr...
err...NO KOMEN! sementara nasik goreng aku nk habis kann?/


huhhhhhhh!akhirnya hbis jugak aku senaraikan.mesti semua orang dah bosan baca belog aku.ya la,tak pepasai.aku dok p ceghita siaran telebisyen mlm khamis. PEKESSSS??



bak kata abang aku,belog ni bukanla untuk becerita kisah seharian kita semata2.tapi haruslah berunsurkan dakwah dan ilmiah.




ehehehe.senyom2 sambil tutop mulot.*gigi aku tak cantik mcm gigi korangg!* blog aku sikit pon takde unsur ilmiahh.tettttt.
agaknya.sebab tu la kot.belog aku tak maju mcm belog dia kan.






haritu aku ada tebaca dekat sorat khabaq.kononya ada siaran tibi baru nak disiarkan.tibi ALHIJRAH kot.kalau tak silap aku.katanya nk bermula tahun ni.


bila la agaknya yeee?? korang2 ada jugak la siaran televisyen yg beunsur islamik dan ilmiah..



tapi payah jugeekkk.kalau ada siaran televisyen mcm tu.mak aku mesti dah tak mau bukak siaran tv yg laen dahh.

pastu mula la.sesi.tarik menarik mukaa.





ok.takat ni ja kot entry aku untuk kali ni.nak cerita panjang2 pon.bukannya ada orang nk baca sangat kaann?



okela.babai.



terima kekasih kerana sesudi bebaca:)








p/s: tetiba ada tanya la ustaz.oke..layannn~*almaklumla.tengahmalam! mna berani nk tgk cerita bukan2 kan?heheh.dasarr!