bersendirian juga adalah salah satu cara untuk meredakan otak yang serabut , maybe. |
Kadang - kadang kita harus sedar yang tak semua cerita perlu dikongsi kepada sahabat terutama cerita-cerita remeh .
Lumrah manusia , mudah bosan . kita sendiri perlu sedar . jangan sampai orang naik menyampah dan bosan dengan kita . Belajar untuk jadi seorang yang lebih matang . Tapis mana yang perlu ditapis .
Kalau boleh kisah cintan cintun tu tak perlu nak cerita semua dekat orang lain. takut bila sampai satu tahap orang akan naik muak . sebab se sweet mana pun kisah cinta yang kau jalani . selagi belum halal tetap Allah tak redha . Malah syaitan juga suka bukan ?
Ketahuilah bahawa setiap yang kau jalani selepas menjadi yang halal , itu lebih indah .
.....................
Boleh nampak perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan. Berbanding lelaki , perempuan lebih suka cerita segala yang dia jalani sepanjang hari tersebut kepada semua. Tapi lelaki ? lebih memilih untuk berkongsi cerita yang betul-betul dirasakan perlu dikongsi sahaja.
Itu beza lelaki dan perempuan. Walau macamana pun , masing-masing tetap punyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri .
.......................
Lebih baik berkongsi cerita-cerita semasa yang lebih membawa manfaat . Kita kena sedar yang sesungguhnya hidup ini bukan sekadar cinta semata-mata. bukan sekadar siapa bakal jodoh kita .
Banyakkan berfikir tentang amalan2 kita yang semakin berkurang dari hari ke hari . Lebihkan berfikir tentang akhirat . Sebab muhasabah diri itu lebih disukai Allah .
.......................
Manusia mampu menjadi pendengar yang baik tetapi bergantung juga kepada apa yang dikongsikan tu .
Sebab itu orang cakap sebelum berkata2 fikir dahulu . Jika ada manfaat kongsikan , jika tidak abaikan .
Namun , sebaik-baik pendengar adalah Allah . yang menciptakan kita semua :)
Sekian . Wassalam ^^
No comments:
Post a Comment