Saturday, April 16, 2011

BENCI cakap benci.



Assalamualaikum.



haritu aku dah berjanji dengan sahabat baik aku.yang aku akan rajin updet belog tercinta.sebabnya,aku takde fesbuk jadinya,aku jarang bertegur sapa dan bertanya khabaq dengan kawan2 tercinta masa sekolah2 dulu.



oleh itu,aku nak menunaikan janji aku terhadap beliau untuk mengupdet belog ni selalu walaupun takda benda yang bermanfaat untuk di kongsi bersama semua pembaca.







baiklah! berbalik kepada tajuk yang diatas.simple dan mudah untuk difahami bukan??
sebenarnya aku nak cerita sedikit di sini,semenjak bercuti spm ni,entah apa la masalah hati ni,semakin hari aku semakin menyampah dengan seorang hamba Allah ni.




agak tak logik untuk aku benci pada dia.sedangkan kami berkawan rapat.malah sudah lebih 2 taahun perkenalan kami.persoalannya di sini apa salah dia sampai aku harus mengeluarkan perkataan "BENCI" untuk dia.kasihan beliau.




semenjak cuti spm ni,kami semua dah tak berhubung lagi dah.jarang2 la nak bercakap muka ke muka pun.sebab dah tak sekolah.jadinya semua buat hal masing2.tk macam dulu.ada kawan2 yang berkeliaran di sekeliling aku.



selama bercuti spm ni jugak,masing2 memendam rasa.masing2 berharap yang " engkau la kena kol aku,asik aku je yang kol hang! lemak arr cemnih!" semua nak tujuk ego masing2.dan boleh dikatakan hampir 90% akan mengomel sebegitu dalam hati.akhirnya.... "sampai hati dorang tak kol aku.semua dah tak ingat dekat aku!"
dan aku boleh jamin,ini jugalah yang diomelkan oleh semua budak2 lepasan spm.
especially budak perempuan.sebab budak perempuan ni emo nya lebih sikit.benda remeh diperbesar besarkan.
kalau budak lelaki,takdenyer dorang nak rasa macam tu.kalau ada pon,mungkin tercampak sedikit sifat keperempuanan dalam diri dorang.
atau mungkin juga,dorang terasa,cuma tak tunjukkan.kalau dah lelaki tu memang la macam tu.
paham sangat akuu.






kesimpulannya,masing2 harus mengalah.harus sanggup berhabisan kredit untuk telefon kawan2 tanya khabar.masing2 harus sanggup kayuh gerek(basikal) untuk ke public phone untuk telefon kawan2 yang tercinta.



kalau salah seorang tak nak mengalah.jawabnya,hubungan rapat yang erat tahap nak mampos masa zaman sekolah2 dulu.akan semakin renggang dan rengang dan akhirnya pasti akan terlost contact bila masing dah sibuk dengan alam pekerjaan.kalau tak nak bende2 macam ni jadi.pokok pangkalnya semua harus melatih diri untuk mengalah.



harus diingatt,mengalah tak bermaksud kita menjatuhkan ego diri kita.tapi mengalah dengan niat untuk memperbaiki hubungan sesama sahabat sangat lah digalakkan.akan ada 2 jawapan yang akan kita terima bila kita telefon bertanya khabar,antaranya:


1) "hahhh! tahupun nak kol aku! jangan harap la aku nak kol kau,kalau kau tak kol aku."
omelan dalm hati je la kan,kalau kau cakap macam ni depan aku,hah! tunggu la nasib kau.

2) " wei,terharunya aku kau tefon aku,thenks la nooh! ada jugak orang ingat dekat aku"










oke.back to the main topic.kenapa aku bercakap soal benci.bila semua taknak mengalah.akhirnya akn timbul perasaan benci dalam diri masing2! paling koman pon,rasa tak puas hati.mesti ada punyelaaa.bohong la kalau kau cakap takde.




masalahnya sekarang ni,aku tak tau kenapa aku kena benci dengan hamba Allah ni.mungkin sebab perangai dia yang bagi aku laa,agak superbly annoying! since aku mula kenal rapat dengan dia.aku tak tahu apa masalah dia.kalau tak dengan aku ataupun dengan orang sekeliling dia.mungkin jugak sebab ego dia yang entah apa2.yang boleh aku klasifikasikan sebagai



"pegi mampos la kau dengan ego kau tu!"



makin lama aku makin pendam rasa ni.aku makin benci dengan dia.padahal aku sendiri tahu yang benci ni merupakan sifat mazmumah,yang tak sepatutnya ada dalam hati semua orang islam.

dan aku sendiri tahu kalau ada sifat ni dalam hati aku bermakna,ada masalh dengan hati aku.jadinya sekarang,aku sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk menghapuskan rasa benci aku pada dia dengan kadar segera.supaya penyakit ni takkan bernanah dalam hati aku selamanya.dan akhirnya boleh mengganggu iman aku.

dan aku jugak berdoa supaya satu hari nanti dia akan berubah.tak dinafikan,ego harus ada dalam diri kita.tapi tak perlulah ego yang keterlaluan sehingga menjejaskan kehidupan keliling kita.







baiklah,setakat ni saja entry aku.aku akhiri entry kalini dengan sesuatu yang mungkin boleh dijadikan renungan bersama:





al-hasan al-basri berkata" bersederhanalah dalam mencintai,dan moderatlah dalam membenci.sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai.dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci"








"cintailah kekasihmu sekadarnya,siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.Dan bencilah musuhmu sekadarnya,siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"
-Sayidina Ali bin Abi Talib





pepatah cina juga ada mengatakan

"membenci seseorang itu adalah lebih baik daripda bermuka muka dengannya"


lebih kurang macam tu la bunyiknya.aku lupa dah.aku hafal pepatah cina ni beberapa hari sebelum spm.tapi aku tak guna ponggg! pastu aku macam ingat2 lupa.





p/s:terime kasih kerana sudi baca 0.0

No comments:

Post a Comment