Tuesday, February 8, 2011

Berkat solat malam!

tempat: kompleks pendidikan MATIN.
masa: 31 jan 2011
jam: 9 lebih2



Di pagi yang hening ditemani dengan alunan zikir2 memuji Allah dan rasulNya cik penulis rancak berbual dengan teman sepersekolahannya merangkap teman sekelasnya yang sudah lama tak bersembang kencang seperti waktu persekolahn dulu..yang mana semuanya hanya tinggal kenangan..


dari jauh cik penulis melihat kelibat temannya yang senyum2 ala kerang busuk berjalan kearah cik penulis sambil menggalas beg dibahunya..
cik jah memakai baju pink aka baju graduasi semekapp!!


perbualan.....

cik penulis:" jahh!! lama tak jumpa hg!! hang dok buat apa la ni*cik P terlampau excited sampai tak sempat nk bagi salam agknya!"

Jah: "aku tak buat apa pon.ada la p kelas menjait dekat kemas pastu p sekolah.tolon2 cikgu.
awat? hang dok buat apa lani?"

cik penulis: "oooo!! ya kaaa??ramai lagi ka yg p?? aku tak dak nk buat apa haih.jadik bibik sepenoh masa jaaa"

Jah:" takdak la ramai sgt.geng2 aku jgk laa."

aku hnya membalis segaris senyuman sebagai tanda fhm akan kata2 dia tadiii..


perbualan antara kami berlanjutan sehingga lebih kurang 20 menet.sebab ,majlis dah nak bermulaa.
sedang rancak kami bersembang.tetiba terpacul soalan ni daripada mulut cik penulis.


cik penulis: "ehhh! adik hang gena pmr??ok kaaa"

jah: "adik aku?? ohh dia dapat 8A!"

dengan gaya selamba dia bagi tau cik penulis.cik P yang bertanya dengan sambil lewa.sekadar berbasa basi..
terkejuttt berokkk!!!!

cik penulis: sambil berpaling ke arah cik Jah." weii!!,biaq betoi adik hang,MashaAllah!" hnya itu yang mampu terpacul dari mulut cik P ketika itu..


apa yg cik penulis tau.adik cik jah ni,takdak la hebat mana pon.kiranya bukan la dari kalangan top studen dekat skolah.ingat ka adik cik jah tu dapat 4 lima A jaa..
rupa rupanya..kuasa Allah..takdak sapa bole mendugaaaa...

cik jah: berpaling ke arah cik penulis sambil tersenyum."kan??tekejut dak?kalau hg tekejut,aku ni,lagi tekejut.bukan takat aku.famili aku pon tekejut.
hang bayangkanla...drpd C,D,B...semua dia sapu A!!

cik penulis:"Allahuakbar jah..hebatnya adik hang..dia buat macam mna wei??
dia memang dah jgka ka yang dia akn dapat 8A?dulu masa trial dapat brapa A??"

cik jah: "dulu masa trial tak silap aku 1 A jakot...dia ckp,dia pon tak jangka yang dia bole dapat sebnyak tuuu.tapi hang tengoklaa..bayangkan,dia bangun tahajud tiap2 malam.
aku yang dok tunggu result spm ni pon tak buat sampai tara tu"

cik penulis: terkesima,terkedu...."yaAllah jah,hebat gila adik hang!"



perbualan kami terhenti seketika memberi laluan kepada majlis perasmian kompleks pendidikan MATIN.



================================


bermula dari saat itu.detik itu.cik penulis tak henti2 berfikir! betapa AgungNya.betapa hebatnya ganjaran yang diberikan oleh yang maha kuasa..

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR...


mungkin ada yang berpandangn bahawa itu semua hanya nasib semata mata..
tapi pada sudut pandangan cik penulis.
itu semua adalah kebesaran ALLAH..
itu semua adalah janji ALLAH kepada hmbaNYA yang yakin padaNYA....


baiklah.mari kita bermuhasabah sejenak.apakah iktibar yang kita bole ambil daripada kisah tersebut.

bayangkan budak berusia 15 tahun,mampu bangun pada malam hari bersujud memohon pertolongan yang maha Agung.kerana apa??

kerana dia yakin bahawa Allah itu akan mendengar suara hmbaNYA yang merintih kepadaNYA.
Dia memprkenankan doa setiap hmbaNYA yang berdoa padanya..



sedangkan kalau cik penulis lihat pada gadis tersebut..apalah yang ada pada dia.
dari sudut fizikalnya.dia dikurniakan anggota tubuh yang sempurna.tapi dia tidak dikurniakan rupa paras yang menawan seperti mna2 sahabt shabatnya yang lain.


tapi,Allah mengurniakan dia hati yang bersih.betapa hebatnya dia.kalau dibandingkan dengan diri cik penulis yang tak seberapa ni.



malah,dia jugak tidaklah dikurniakan kecerdikan akal seperti teman teman yang lain,yang lebih pintar dari dia

setiap kali peperiksaan dia tak pernah dapat straight A.
tapi apa yang dia ada hanyalah keazaman dan keyakinan kepada yang Maha Berkuasa.


dia yakin,dengan keajaiban Allah swt.sebab tu dia sanggup bangun dimalam hari bersujud memohon pertolongan yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar!





Ya Allah!!!
terasa kerdil diri ini dihadapanMu..


oleh itu..samasamalah kita muhasabah diri kita.betapa kerdilnya kita dihadapanNYA
sedangkan kita nak berdoa selepas menunaikan solat fardhu pon malass.
cana Allah nak tolong kita.
sedangkan kita tahu yang sesungguhnya DOA merupakan senjata orang mukmin.


disini.cik penulis mengajak semua yang membaca entry ini supaya.marilah sama2 kita berubah.
tidak perlu terlalu mendadak.
yang penting kita ada niat untuk berusaha berubah.

Yakinlah pada janjiNya.Allah itu maha Mendengar.berdoalah kepada Dia.nescya akan diperkenankan! samada lambat atau cepat!

yang penting harus ada keikhlasan dan cubalah untuk istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya.



sekadar ini shaja perkongsian cik penulis.panjang umor kita jumpa lagik.


semoga diberkati dan diberikan ketenangan olehNYA.insyaAllah.




p/s: kalau ada kelapangan renung2kanlah ayat 186 surah albaqarah.*sungguh menyentuh kalbu.















No comments:

Post a Comment